Portal UMNO Bahagian Gombak
bannerbaru
Login | Forum | Calendar | Members | Peta laman | 5 Pengunjung
Tema
 


Rahim Kamarudin
Said Anuar Said Ahmad
Abd Aziz Jenthan
Sharifah Salmah
Megat Zulkarnain
Rozazita Daud
Othman Ab Rahman
Mustafa Latif
Ridwan Wahid
Sitie Rahmah
Azman Mohd Salleh
Rohaizat Tahir

UMNO Gombak
Pemuda Gombak
Puteri Gombak

>>  Baca seterusnya




Pelawat ke
free website hit counter

LAMAN UTAMA
JUARA RAKYAT - JUARA PENDIDIKAN
(PENUTUP - HARI KE 2)


(HARI PERTAMA)

23 Jan 10 : Hari Kedua dan penutup Program Juara Rakyat - Juara Pendidikan UMNO Bahagian Gombak dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Gombak Utara. Seramai 600 orang pelajar dari sekolah menengah sekitar Parlimen Gombak dan 75 orang pelajar Tabika KEMAS dan Perpaduan bersama Ibu Bapa mereka telah hadir.
Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Kamarudin Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut. Turut hadir Hj Rahim Kamarudin, Penyelaras Parlimen Gombak.
Jumlah kehadiran keseluruhan program dua hari ini melebihi 1,000 pelajar dan ibu bapa.
Terima kasih juga kepada semua Agensi Kerajaan, Belia 4B Gombak, Fasilitator dari USIM dan semua peserta dan urusetia yang telan menjayakan program ini dengan meriah.

MALAYSIA INI BUKAN MELAYU PUNYA - UCAPAN ANWAR IBRAHIM



UMNO Gombak di Rencah Helo Malaysia - Menyusur Akar
pada 14 Disember di Bernama
TV Jalan Tun Razak

PART 1


PART 2


PART 3


PART 4


==================================================================

PERASMIAN CULTURAL SHOW SHIVA SRUTHI THANDAVAM
DI DEWAN SRI SIANTAN, BATU CAVES
PADA 12 DISEMBER 2009





http://picasaweb.google.com/umno.bahagian.gombak/MAJLISRUMAHTERBUKAHARIRAYAUMNOGOMBAKPADA18OKTOBER2009#
1Malaysia. Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada Mr Benjamin Vardhese yang sakit terlantar

1Malaysia. Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada Mr Benjamin Vardhese yang sakit terlantar di F1-09, Pinggiran Batu Caves


>> Baca seterusnya
Majlis Rumah Terbuka UMNO Gombak

Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Gombak telah diadakan pada hari Ahad, 18hb Oktober 2009 jam 4.30 petang hingga 7.00 petang diperkarangan Plaza UMNO, Jalan Batu Caves. Dianggarkan melebihi 5,000 orang yang hadir. YB Dato' Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut hadir beramah mesra dengan tetamu.



>> Baca seterusnya
Program TIP Kecemerlangan Pelajar yang menduduki SPM tahun 2009

Program TIP Kecemerlangan Pelajar yang menduduki SPM tahun 2009 dirasmikan oleh Ustaz Syahrin bin Md jamaluddin, Setiausaha Poloitik kepada Menteri Pelajaran Malaysia pada 10hb Oktober 2009 di Dewan Sekolah Menengah Teknik Gombak anjuran UMNO Bahagian Gombak.


>> Baca seterusnya
Majlis Tahlil Allahyarham Mohd Razuan Hassan Ketua Cawangan

 Anjuran UMNO Bahagian Gombak pada 28hb September 2009, Alhamdulillah, dianggarkan sekitar 200 orang ahli cawangan dan rakan-rakan Allahyarham hadir.
 


>> Baca seterusnya
Program Ihya Ramadhan & Penyampaian Sumbangan Hari Raya UMNO Bhgn Gombak di Plaza UMNO pada jam 5.00 petang 12hb September 2009.

Seramai 220 orang penerima sumbangan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Tuan Haji Rahim Kamarudin, Ketua UMNO Bahagian Gombak. Kehadiran melebihi dari yang dijangkakan, lebih dari 700 orang.


>> Baca seterusnya
LUAHAN RASA SDR ALI KHALID BIN MOHAMAD, KETUA UMNO CAWANGAN NAKHODA A, SEMASA UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT UMNO BHGN GOMBAK

Duhai Rakan-RakanKu

Ke lurah kita turuni,
Ke bukit kita daki bersama,
Ringan kita jinjing bersama-sama,
Berat sama-sama kita pikul,

Kita semua ibarat aur dengan tebing,
Saling perlu memerlukan.
Malangnya walaupun mengalami derita yang parah ini,
Ramai antara kita masih juga yang belum merasa serik,
Dan insaf dalam keadaan UMNO parti keramat sakit tenat.
Setelah terhukum dengan tsunami politik,
kita usah alpa dan lalai.


>> Baca seterusnya
PROGRAM JALUR GEMILANG DI KAMPUNG KEMENSAH

Program Mengibar Jalur Gemilang anjuran UMNO Bahagian Gombak, JASA dan JKKKP Kampung Kemensah di Kampung Kemensah. Turut Hadir Dato' Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia dan Tuan Haji Abdul Rahim Kamarudin, Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras Parlimen Gombak, Unit Pelaksanaan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri.
 
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK 2009


UMNO Bahagian Gombak telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan yang ke 15 pada 8hb Ogos 2009 di Dewan Centrum Mara Taman Setiawangsa dan dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abdul Latiff bin Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Timbalan Menteri Pertahanan
PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN CAWANGAN DUN HULU KELANG

24hb Mei 2009. Taman Melawati
Seramai 800 orang telah hadir di Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan DUN Hulu Kelang pada hari Ahad, 24hb Mei 2009 pada jam 4.30 petang di Lot 4832 Jalan H1, Fasa 5 Taman Melawati, Hulu Kelang.
 

>> Baca seterusnya
SEMBANG PETANG BERSAMA YB DR MOHD PUAD ZARKASHI - UMNO DALAM CABARAN

19 April 2009, Kelab Darul Ehsan, Ampang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran,  Dr. Puad Zarkashi  dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.


Turut hadir Dato' Saidin Tamby, Mantan Ketua UMNO
Bahagian Selayang dan Tan Sri Datin Sri Paduka Zaleha Ismail,
Mantan Ketua UMNO Bahagian Gombak


>> Baca seterusnya
BENGKEL KECEMERLANGAN PELAJAR

5hb April 2009, Plaza UMNO Batu Caves.

Pada hari Ahad, 5hb April Biro Pendidikan UMNO Bahagian Gombak telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan Pelajar di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Gombak, Plaza UMNO Batu Caves.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Seramai 70 orang pelajar telah meyertai program ini


Gambar beramai-ramai pelajar lelaki.


Gambar beramai-ramai pelajar perempuan
DEKLARASI SOKONGAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK TERHADAP TUAN HAJI MEGAT ZULKARNAIN


Kami ahli-ahli UMNO  Bahagian Gombak yang mewakili 185 cawangan UMNO  dalam Bahagian Gombak, berikrar akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Yang Berbahagia Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin selaku ketua Pergerakan Pemuda UMNO  Bahagian Gombak.

Kami juga dengan sebulat suara menyokong tindakan yang telah diambil oleh Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin di dalam mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan mempertahankan maruah dan juga nama baik Pergerakan Pemuda UMNO  Malaysia khasnya dan amnya pemuda-pemuda bangsa melayu yang beragama islam yang telah di ‘celaka’ kan oleh karpal singh yang bersikap teramat biadap.

Kami juga, akan bersama-sama dengan tuan Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin sekiranya tindakan undang-undang diambil ke atas beliau memandangkan beliau bukan memperjuangkan kepentingan individu tetapi beliau telah memperjuangkan maruah bangsa melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Pergerakan Pemuda UMNO  Bahagian Gombak memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang agar jangan cuba membangkitkan kemarahan bangsa melayu.

Kami juga mendesak karpal singh memohon maaf secara terbuka kepada bangsa melayu khususnya dan Pergerakan Pemuda UMNO  amnya di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dalam sidang parlimen tempoh hari.

Kami juga, memberi ingatan yang sekeras-kerasnya kepada karpal singh supaya tidak lagi mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat dan juga kata-kata yang boleh menimbulkan hasutan diantara kaum dan juga kepada Pergerakan Pemuda UMNO  Malaysia.

Kami juga berharap  agar pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap karpal singh kerana mengeluarkan kata-kata yang berbau hasutan dan yang boleh menimbulkan ketegangan diantara kaum di bumi Malaysia.

Carian Google
 
  

PAUTAN




Email UMNO Gombak


WANITA UMNO GOMBAK

PEMUDA UMNO GOMBAK
PUTERI UMNO GOMBAK

UMNO Malaysia
UMNO Selangor  
Pembangkang Selangor
 
Cawangan
UMNO Gombak Jaya
UMNO Taman Selaseh Utara
UMNO Fasa 5 Taman Melawati

Agensi Kerajaan Gombak
AADK

Online Media
Utusan Malaysia
Berita Harian
STAR
Malaysiakini
 
>>  Baca seterusnya

Nukilan

Pemimpin Berbohong 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”.
Riwayat Muslim


UMNO Bahagian Gombak @ 2008